Selepas 'abang', 'adik' pula dibelasah - Utusan Malaysia

Selepas ‘abang’, ‘adik’ pula dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyokong Selangor pasti tidak gembira dalam tempoh dua hari ini pada ketika peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) senyum hingga ke telinga.

Selepas Red Giants diratah 6-1 oleh JDT dalam aksi Liga Super semalam, hari ini giliran ‘adik’ mereka pula berdepan nasib serupa.

Selangor II dimalukan juga dengan keputusan 6-1 oleh JDT II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Dua jaringan menerusi Nicolas Fernandez dan Fernando Rodriguez membantu JDT II melakar kemenangan sensasi.

Dua lagi gol JDT II disempurnakan oleh Che Rashid Che Halim dan Syazwan Andik, manakala Danial Asri menjaringkan gol saguhati Selangor II.

Kekalahan terbaharu itu meletakkan Selangor II di tangga kelima dengan 10 mata, manakala JDT II yang mengumpul 14 mata di tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya