Red Devils hambar - Utusan Malaysia

Red Devils hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunner Solskjaer menjadikan persiapan singkat sebagai alasan permulaan hambar Manchester United selepas dikejutkan 1-3 oleh Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Dua gol Wilfried Zaha menghukum kelab lamanya, yang hanya mempunyai dua minggu untuk mempersiapkan pasukan menghadapi musim baharu.

Andros Townsend membuka jaringan Palace seawal minit ketujuh, sebelum Zaha menggandakan kedudukan 2-0 menerusi penalti, minit 74.

Donny van de Beek yang membuat penampilan pertama buat United merapatkan jurang 1-2 pada minit ke-80, namun Zaha mengesahkan kemenangan 3-1 Palace, lima minit sebelum tamat perlawanan.

Kekalahan ini menamatkan rekod tanpa kalah Red Devils dalam 14 perlawanan liga sejak musim lalu.

WILFRIED Zaha meraikan jaringannya di Old Trafford, awal pagi tadi. – AFP

“Anda boleh lihat kami kurang cergas dan mereka berhak mendapat tiga mata. Mereka lebih tajam berbanding kami.

“Anda tidak perlu terkejut kami tidak berada pada tahap terbaik kerana ini baru perlawanan pertama sejak Ogos lalu.

“Kami mempunyai pramusim yang singkat dan pelik. Kami perlu memperbaiki dan meningkatkan persembahan secepat mungkin,” kata Solskjaer.

Palace kini memenangi dua aksi pertama liga selepas menumpaskan Southampton 1-0 minggu lalu.

“Apabila mendapat bola saya lihat kami lebih berbahaya jadi saya rasa ia tidak mengejutkan kami dapat menjaringkan tiga gol,” kata pengurus Palace, Roy Hodgson. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya