Setiawangsa Rangers FC pikat penaja  - Utusan Malaysia

Setiawangsa Rangers FC pikat penaja 

NIK Nazmi Nik Ahmad (enam dari kanan belakang) dan Khushairi Aizad Jamalludin (lima dari kanan belakang) bergambar bersama penaja dan model yang menggayakan jersi baharu SRFC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika kelab bola sepak lain bergelut ketika Covid-19, Setiawangsa Rangers FC (SRFC) membuktikan mereka mampu bertahan.

Buktinya, hari ini pasukan itu melancarkan jersi baharu dan lebih menarik, mereka turut menarik perhatian sembilan penaja iaitu CRSC Group, Amaxmall, AirAsia, Sunway Avilla, Skyworld, Orangkata.my Sri Ternak Food Mart, Shortea Barbershop dan Voltagehub.

Penaung SRFC, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui berbangga dengan pencapaian kelab apabila sudah dikenali dan digeruni kawan mahupun lawan walaupun baru dua tahun ditubuhkan.

“Saya percaya kesediaan penaja menaja kelab ini hasil beberapa siri kejayaan sebelum ini selain misi dan visi yang disusun dalam usaha menyemarakkan program pembangunan bola sepak di akar umbi.

“Saya gembira kerana kami kini sudah mempunyai 250 pemain dari umur bawah lapan tahun selain menubuhkan skuad padang dan futsal wanita yang mendapat sambutan menggalakkan bulan lalu,” katanya selepas majlis pengenalan pasukan dan pelancaran jersi baharu kelab itu.

Presiden SRFC, Khushairi Aizad Jamalludin yang juga bekas pemain Selangor dan Kelab Bolasepak AirAsia AllStar mengucapkan terima kasih atas sokongan penaja dan berharap mereka terus memberi sokongan. 

“Saya berharap kelab ini akan terus berkembang maju berdasarkan perancangan yang sudah dirangka termasuk tahun depan dan 2022 apabila kita menetapkan menyertai Liga AirAsia KL Junior, Liga Bolasepak Kuala Lumpur dan Liga M4. 

“Malah, harapan saya satu hari nanti kami akan mempunyai fasiliti padang sendiri bagi membolehkan kami menjalani latihan dan aktiviti bola sepak serta kemasyarakatan,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya