Rakitic mahu bantu Sevilla juara La Liga - Utusan Malaysia

Rakitic mahu bantu Sevilla juara La Liga

IVAN RAKITIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ivan Rakitic memasang azam untuk membantu Sevilla memenangi gelaran La Liga menerusi pengalamannya selama enam tahun bersama skuad gergasi Sepanyol, Barcelona.

Rakitic, 32, kembali ke Sevilla semula semalam selepas sah menandatangani perjanjian selama empat tahun, dengan kelab Andalusia itu membayar 1.5 juta euro (RM7.34 juta) sebagai permulaan dan berpotensi naik sehingga 9 juta euro (RM44 juta) bergantung kepada prestasi semasa.

Perpindahan semula Rakitic ke Sevilla, di mana kelab yang menjadikannya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Eropah dalam jangka masa tiga setengah tahun, di samping membantu mereka memenangi Liga Europa musim 2013-14.

Pemain kebangsaan Croatia itu memahat memori indah ketika di Barca menerusi kemenangan 13 trofi, dan kini berusaha untuk membantu Sevilla mendaki ke tahap berikutnya.

“Dengan segala hormatnya, gelaran Liga Europa yang keenam sudah menjadi milik kami dan kami menginginkannya seperti pasukan yang lain.

“Bagaimanapun kami mahu ke peringkat seterusnya, masing-masing dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Kami semua tahu apa maksudnya, namun kami tidak mahu meletakkan tekanan kepada setiap pemain.

“Cuma kami hanya perlu tahu ke mana hala tuju kami. Saya memang tidak sabar untuk melakukannya.

“Situasi amat berbeza sekarang berbanding semasa saya berpindah sembilan tahun lalu, terutama keadaan semasa pasukan dan persekitaran,” kata Rakitic kepada media semasa sesi perkenalannya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya