PJ City curi satu mata di Hang Jebat - Utusan Malaysia

PJ City curi satu mata di Hang Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: PJ City FC bangkit pada saat akhir untuk mencuri satu mata apabila mengikat Melaka United FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Usaha berterusan PJ City membuahkan hasil apabila pemain gantiannya, R. Kogileswaran muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-92 hasil lorongan bijak K. Gurusamy.

Terdahulu, Melaka United berada di hadapan pada minit ke-71 selepas Romel Oswaldo Morales mudah menolak masuk umpanan Wan Amirul Afiq Wan Ab. Rahman ketika penjaga gawang PJ City, Kalamullah Alhafiz Mat Rowi sudahpun tertewas.

Morales yang tidak dikawal nyata tidak mensia-siakan peluang tersebut ketika kedua-dua pasukan buntu untuk memecah gawang gol lawan masing-masing meskipun perlawanan dilihat seimbang pada babak pertama.

PENYERANG Melaka United, Uche Agba (kiri) bersaing dengan pemain PJ City FC, K. Kannan dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Ketika anak-anak buah Zainal Abidin Hassan seperti sudah mahu meraikan tiga mata kemenangan mereka, Kogileswaran merentap kegembiraan itu dengan jaringan penyamaannya pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan cantik itu berjaya memastikan PJ City membawa pulang satu mata berharga ketika Melaka United melakukan beberapa perubahan untuk bertahan di kubu mereka.

Melaka United bakal bertemu Sabah pada perlawanan seterusnya, manakala PJ City melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya