PERR ‘korban’ Covid-19 - Utusan Malaysia

PERR ‘korban’ Covid-19

MISC memahat sejarah muncul juara PERR musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan bola sepak kedua tertua di Malaysia, Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2020 yang sepatutnya berlangsung pada November ini terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Pembatalan itu nyata menyedihkan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), apatah lagi ia bakal memasuki edisi ke-80.

Presiden PBMM, Mohd. Firdaus Mohamed berkata, Selepas berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), beliau memutuskan untuk membatalkan kejohanan dan kembali semula tahun depan.

“Saya ada berbincang dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) dan kita putuskan untuk batalkan PERR tahun ini sebab Covid-19.

“Walaupun berat, tapi kita terima dengan hati terbuka demi kesihatan dan keselamatan pemain-pemain yang akan beraksi dalam PERR.

“Keputusan ini selari dengan pembatalan saingan utama Liga Malaysia (Liga M) seperti Piala FA, Piala Cabaran, Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia,” katanya yang juga Exco FAM.

 

MOHD. Firdaus Mohamed memegang Piala Emas Raja-Raja yang menjadi rebutan saban tahun.

PERR yang diperkenalkan pada 1922 dianggap kejohanan peringkat kedua selepas Liga M dalam melahirkan ramai bakat muda.

Ia adalah kejohanan bola sepak kedua tertua di negara ini selepas Piala Malaysia.

PERR berjaya melahirkan beberapa pemain ternama hingga menyarung jersi Harimau Malaya dalam setiap generasi seperti pada era 60-an, Zulkifli Norbit, legenda Selangor dan Pahang era 90an, Mubin Mokhtar diikuti Mohd. Hafiz Kamal dan Nasir Basharudin pada era milenium.

Musim lalu, pasukan jemputan Majlis Sukan India Malaysia (MISC) memecah tradisi dengan muncul juara selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir pasukan yang turut bukan berstatus ahli gabungan PBMM menjulangnya ialah Singapura yang menewaskan Pulau Pinang 4-2 pada 1983.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya