Perak lega menang akhirnya - Utusan Malaysia

Perak lega menang akhirnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak menamatkan badi dua kekalahan Liga Super apabila mengatasi UiTM FC 1-0  di Stadium Perak di sini hari ini.

Jaringan tunggal Muhammad Shahrel Fikri pada minit ketiga, memadai buat  Bos Gaurus menebus aib selepas dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-7 dalam perlawanan sebelum ini.

Walaupun menang tipis, kemenangan itu pasti membuatkan kem Perak menghela nafas lega.

Turun dengan tekad menebus aib berikutan menjadi mangsa belasahan JDT minggu lalu, Ketua Jurulatih, Mehmet Durakovic melakukan rombakan dalam usaha memantapkan pasukannya.

Langkah itu nyata berkesan apabila Perak menyerbu garang sebaik sahaja sepak mula perlawanan.

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama apabila Shahrel Fikri meletak Perak di hadapan seawal minit ketiga apabila menanduk ke penjuru kanan gawang hasil hantaran bola silang Rafiuddin  Roddin.

Shahrel berpeluang menambah jaringan kedua tujuh minit kemudian, tetapi pemain itu gagal menyudahkan peluang di tepi pintu gol UiTM.

Perak terus mengasak dan mencipta beberapa peluang gol tetapi ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal Perak mendahului satu gol sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan perubahan corak permainan anak buah Frank Bernhardt yang menyaksikan UiTM mula memberi tekanann pasukan tuan rumah tetapi penyudah tumpul menyaksikan pasukan pelawat terpaksa gigit jari.

UiTM sepatutnya menyamakan kedudukan tetapi Gustavo Almeida Dos Santos merembat bola keluar di hadapan gawang yang kawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Tuan rumah yang bergantung pada serangan balas, turut berpeluang menambah jaringan tetapi pemain gantian, Farid Khazali gagal menyempurnakan peluang terbuka pada minit ke-72. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya