Perak II turun tanpa Pires - Utusan Malaysia

Perak II turun tanpa Pires

BRUNO LUIZ PIRES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Perak II akan turun beraksi tanpa penyerang utama, Bruno Luiz Pires apabila menentang Kuching FA dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung esok.

Ini kerana pemain itu dipinjamkan kepada skuad Liga Super Perak bagi menghadapi pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat lawan hari ini.

Ketiadaan Bruno pasti akan menjejaskan kemampuan jentera serangan pasukan tuan rumah tetapi Ketua jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim akur dengan apa yang berlaku.

Abu Bakar berkata, sebagai pasukan feeder, pasukan itu akan memberi bantuan kepada pasukan utama.

“Pasukan Liga Super lebih penting justeru Perak II perlu membuat pengorbanan, itulah fungsi sebagai pasukan pembangunan,” katanya di sini.

Menurutnya, Perak II akan menyandarkan harapan kepada dua tenaga import iaitu Tarik Isic dan Sacha Petshi untuk mengemudi benteng pasukan dalam perlawanan esok.

Katanya, pasukan itu yang memburu kemenangan pertama dalam aksi Liga Perdana musim ini akan mempertaruhkan cabarannya kepada penyerang tempatan.

Menurut Abu Bakar, dia sudah membuat percubaan itu dengan menurunkan pemain muda ketika terikat 2-2 dengan Sarawak United di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, minggu lalu.

“Saya turunkan lima pemain muda dalam perlawanan itu, mereka menunjukkan potensi cuma mungkin kurang dari segi pengalaman,” ujarnya.

“Saya berharap pemain mampu beraksi cemerlang bagi mendapatkan kemenangan sulung musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya