KUALA LUMPUR: Perak Bison membuktikan kejaguhan mereka selepas menjulang Piala Sumbangsih dengan menundukkan Selangor Pistons hari ini.
Dalam saingan di Stadium Titiwangsa di sini, Perak yang juga juara bertahan tidak berdepan masalah menundukkan juara Divisyen 1, Selangor 21-11, 21-15.
Pengurus Perak Bison, Mohd. Jaffery Mohd. Zainol berkata, kemenangan itu membuktikan pemain-pemainya konsisten dan sudah bersedia untuk memulakan misi mempertahankan kejuaraan.
“Misi awal kami adalah untuk menang dua perlawanan pertama liga dan membawa pulang mata penuh.
“Setiap pasukan sudah pasti akan memberikan cabaran tersendiri dan kami berwaspada dengan ancaman Johor Tigris (Ahad),” katanya.