Pengiktirafan AFC beri semangat baharu - Safawi - Utusan Malaysia

Pengiktirafan AFC beri semangat baharu – Safawi

SAFAWI Rasid meledak gol tunggal kemenangan ketika JDT menumpaskan Terengganu FC 1-0 dalam aksi Liga Super semalam. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyifatkan kemenangannya merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu semangat baharu untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa depan.

Katanya, pengiktirafan itu merupakan penghargaan besar buat dirinya kerana bukan mudah untuk mana-mana pemain dinobatkan pemenang gol terbaik.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Terengganu ini sekali gus mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi gol menerusi lencongan kaki kiri ketika dia menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kemenangan saya menerusi ACL dan ini merupakan hadiah untuk peminat di Johor serta Malaysia.

“Saya bukan seorang player yang bagus lagi, cuma sentiasa terus melangkah dan bekerja keras kerana ini merupakan punca rezeki saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini semalam.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih 34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan kariernya dengan kelab Portugal Portimonense SC musim depan, Safawi berkata, fokusnya kini tertumpu untuk memburu kejuaraan Liga Super ketujuh.

“Saya tidak fokus lagi (Portugal Portimonense SC) kerana tumpuan untuk kejuaraan ketujuh JDT dalam Liga Super.

“Kalau ada makluman daripada pihak pengurusan saya akan kongsikan perkembangannya, InsyaAllah kalau ada rezeki, main di Johor okay, di mana-mana pun okay,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya