KUALA LUMPUR: Jaringan penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic memastikan Sabah berjaya mencuri satu mata ketika mengikat Petaling Jaya City (PJ City) 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Sabah yang masih berduka dengan kekalahan kepada Selangor minggu lalu, turun dengan misi tidak pulang dengan tangan kosong.
Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Elizeu pada minit ke-51.
Kedudukan 1-0 yang seakan kekal hingga wisel penamat ditiupkan dinafikan dengan ledakan Paunovic tiga minit sebelum masa sebenar tamat menceriakan kem Sabah.
Bagaimanapun, PJ City sepatutnya mampu meraih tiga mata apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan Zulkarnain Zakaria pada masa kecederaan minit terakhir perlawanan namun peluang itu gagal disempurnakan Washington Brandao.