Pahlawan Merah enggan melatah - Utusan Malaysia

Pahlawan Merah enggan melatah

PENYERANG Kelantan, Lazarus Kaimbi (tengah) cuba melepasi halangan kapten Selangor I, Sharul Nazeem Zulpakar dalam aksi Liga Perdana di Stadium Petaling Jaya, Sabtu lalu. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sudahlah gaji masih tertunggak, ia berisiko dipotong pula jika Kelantan gagal memberi persembahan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) .

Situasi seperti itu pastinya akan meresahkan mana-mana pemain tetapi tidak buat pemain The Red Warriors (TRW) yang me­nyahut amaran pemilik kelab, Norizam Tukiman sebagai satu cabaran.

Sabtu lalu, Norizam yang berang dengan aksi lesu TRW ketika seri 0-0 menentang Selangor II dalam Liga Perdana memberi amaran sedia memotong gaji pemain sekiranya mereka gagal cemerlang perlawanan selepas ini.

Norizam yang menjadi pemilik baharu TRW, Khamis lalu mengakui, akan berbincang dengan orang yang tahu tentang kontrak sama ada ia boleh diubah.

Seorang pemain yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak mahu memikirkan tentang pemotongan gaji, sebaliknya hanya fokus kepada dua misi besar iaitu layak ke Piala Malaysia musim ini dan mengembalikan TRW ke Liga Super tahun depan.

“Semua pemain sudah melupakan kegagalan lalu (seri dengan Selangor II) dan hanya mahu memberi tumpuan penuh kepada aksi berikutnya.

“Saya akui keputusan seri tempoh hari amat perit untuk diterima oleh seluruh pemain kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin.

“Begitupun, mood pemain Kelantan kini dalam keadaan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Keputusan seri dengan Sela­ngor II hadir hanya tujuh hari selepas anak-anak buah Yusri Che Lah dimalukan 3-0 oleh Pulau Pinang di Kota Bharu.

Kelantan yang membenam UKM 5-1 ketika Liga M bersambung pada 22 Ogos lalu kini menduduki tangga ketujuh liga dengan lapan mata, enam mata ditinggalkan pendahulu, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya