Osaka rangkul Grand Slam ketiga - Utusan Malaysia

Osaka rangkul Grand Slam ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang muda Jepun, Naomi Osaka bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum menumpaskan Victoria Azarenka untuk muncul juara tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Ini kejuaraan Grand Slam ketiga buat pemain berusia 22 tahun itu, malah gelaran Terbuka AS keduanya dalam tempoh dua tahun.

Turun selaku pilihan keempat, Naomi menumpaskan pemilik dua kejuaraan Grand Slam dari Belarus, Azarenka 1-6, 6-3, 6-3.

Aksi di Stadium Arthur Ashe yang kosong itu berlansung selama satu jam 53 minit.

“Saya tidak begitu menikmati perlawanan kerana ia sangat sukar.

“Saya hanya memikirkan pasti memalukan jika tewas dalam tempoh kurang sejam, jadi saya cuba sebaik mungkin dan memperbaiki permainan,” kata Naomi.

Naomi yang juga juara Terbuka AS 2018 dan Terbuka Australia 2019 meraih wang kemenangan AS$3 juta (RM12.4 juta).

Bintang kacukan Jepun-Haiti itu menjadi pemain wanita pertama sejak 1994 memenangi perseorangan Terbuka AS selepas tewas di set pertama.

Dia juga muncul pemain Asia pertama memenangi tiga gelaran Grand Slam sekali gus mengatasi bekas pemain China, Li Na yang meraih dua Grand Slam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya