NEW YORK: Naomi Osaka menghampiri kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) keduanya apabila melangkah ke final hari ini.
Osaka, pilihan keempat dan juara 2018 dipaksa berhempas pulas untuk menundukkan pemain tuan rumah, Jennifer Brady 7-6 (7/1), 3-6, 6-3.
“Kemenangan amat bermakna buat saya kerana New York ibarat rumah kedua saya.
“Saya suka suasana di sini. Sekalipun kali ini kami beraksi tanpa penonton, gelanggang kejohanan sesuai dengan saya,” kata Osaka.
Biarpun dilahirkan di Jepun, namun Osaka mengikut keluarganya berpindah ke AS sejak kecil.
Pemain berusia 22 tahun itu akan menentang pemenang di antara juara enam kali, Serena Williams atau Victoria Azarenka dalam perlawanan akhir esok. – AGENSI