Olimpik Tokyo 2021 tetap diteruskan! - Utusan Malaysia

Olimpik Tokyo 2021 tetap diteruskan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sukan Olimpik pada 2021 tetap akan dianjurkan Jepun selepas ditangguhkan tahun ini walaupun diancam penularan pandemik Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri baharu Jepun, Yoshihide Suga ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini.

“Pada musim panas tahun depan, Jepun bertekad untuk menganjurkan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 bagi membuktikan bahawa manusia sudah mengalahkan Covid-19.

“Saya akan terus berusaha untuk menyambut kedatangan anda ke temasya itu dalam keadaan selamat,” katanya.

YOSHIHIDE SUGA

Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Olimpik yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu terpaksa ditangguhkan ke tahun depan.

Bagaimanapun dengan peningkatan jumlah jangkitan, timbul persoalan sama ada temasya itu boleh diteruskan atau tidak.

Penganjur dan pegawai Olimpik menegaskan temasya tetap akan berlangsung dengan Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates berkata, ia perlu diteruskan bagi mengelak kekecewaan dalam kalangan atlet sekiranya ia dibatalkan.

Namun, pakar perubatan memberi amaran penganjuran temasya berskala besar di peringkat antarabangsa mungkin sukar dilaksanakan sekiranya virus Covid-19 masih belum mampu dikawal menjelang musim panas tahun depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya