Nuraini wira kemenangan Pahang - Utusan Malaysia

Nuraini wira kemenangan Pahang

PAHANG meraikan kejayaan muncul juara Piala Tun Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nuraini Abdul Rashid muncul wira Pahang apabila dua jaringannya membantu pasukan itu merangkul kejuaraan wanita kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak selepas menumpaskan Selangor 2-1 dalam final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Dua gol tersebut turut menjulang Nuraini sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

“Alhamdulillah, rezeki milik Pahang hari ini (semalam). Memang saya jangka perlawanan sengit dan saya akui kekuatan dan kelebihan Selangor. Tapi pada masa sama, kami juga ada kekuatan kami.

“Perlawanan akhir ini seimbang dan saya gembira kemenangan milik kami,” kata Nuraini selepas perlawanan.

Kejayaan itu menyaksikan Pahang kembali merampas gelaran yang dimenangi mereka empat tahun lalu sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada Selangor sewaktu final edisi 2017.

 

Dalam aksi itu, Pahang bermula garang apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Nuraini.

Bagaimanapun, Selangor membuktikan status mereka sebagai juara bertahan, apabila bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan padang Fatin Shafika Mahd. Sukri pada minit ke-20.

Hasilnya, Nuraini berjaya menjadi wira Pahang apabila meledak gol kemenangan, sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti ketika perlawanan berbaki lapan minit lagi untuk tamat.

Ketua jurulatih Pahang, Mohamad Sabri Mohamad amat berpuas hati dengan prestasi ditampilkan barisan pemainnya yang berjaya bermain mengikut perancangan mereka.

“Saya sangat gembira kerana gelaran ini akhirnya kembali semula kepada Pahang. Pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana bermain mengikut perancangan pasukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya