Neuer punca Sevilla kalah - Utusan Malaysia

Neuer punca Sevilla kalah

MANUEL Neuer menjulang Piala Super UEFA selepas Bayern Munich menumpaskan Sevilla di Puskas Arena, Budapest, Hungary hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST, Hungary: Ivan Rakitic menyifatkan Manuel Neuer sebagai benteng pemisah selepas penjaga gol itu membantu Bayern Munich menjulang Piala Super UEFA apabila mengatasi Sevilla 2-1 dalam saingan yang diheret ke masa tambahan.

Dalam saingan di Arena Puskas, Budapest itu menyaksikan juara Bundesliga tersebut berjaya menafikan jaringan awal pemain Sevilla Lucas Ocampos, menerusi jaringan Leon Goretzka, 21 minit kemudian pada babak pertama.

Bagaimanapun juara Liga Europa itu berupaya untuk berada di depan semula menerusi pemain gantian Youssef En-Nesyri pada minit ke-87, namun dinafikan Neuer.

Pemain gantian Bayern, Javi Martinez kemudian meledak gol kemenangan pada minit ke-104, sekali gus merangkul gelaran Piala Super UEFA buat kali kedua selepas 2013.

“Ia mengecewakan tetapi inilah bola sepak. Kami melihat malam ini, betapa pentingnya Neuer kepada mereka.

“Kami memiliki dua peluang keemasan untuk berada di depan, tetapi dia berjaya menafikannya. Kemudian kami memberikan mereka sepakan penjuru, sebelum mereka menjaringkan gol.

“Apa pun kami tetap berbangga dengan cara permainan kami ketika berdepan pasukan terbaik Eropah dan kami rasa kami sudah bersedia untuk mengharungi saingan liga musim depan,” kata bekas bintang Barcelona itu, Rakitic.

Sevilla tidak tewas sejak Februari lalu dan berada dalam persembahan terbaik sejak perlawanan terakhir kelab La Liga itu bertemu Bayern, yang membelasah bekas pasukan Rakitic, Barcelona 8-0 di suku akhir Liga Juara-Juara bulan lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya