Muaz tamatkan zaman bujang - Utusan Malaysia

Muaz tamatkan zaman bujang

AHMAD Muaz Fisoldi dan Errina Nasha Eirwan selamat diijab kabul hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkenalan pemain boling elit negara, Ahmad Muaz Fisoldi dan Errina Nasha Eirwan di atas kapal terbang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Hari ini, kedua-duanya disatukan dalam majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan pasukan boling negara.

Juara bertahan Terbuka Masters kategori lelaki dalam Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia Ke-40 itu, mengakui mengenali pasangannya dalam tempoh hampir setahun sebelum melangsungkan perkahwinan.

“Saya kenal Nasha pada September tahun lepas dan tempoh perkenalan 11 bulan 28 hari. Sepatutnya perkahwinan diadakan pada awal tahun ini.

“Pertemuan pertama kami bermula di atas kapal terbang ketika itu dia sedang bekerja,” kata pemenang pingat emas Sukan Asia itu.

Ditanya mengenai perkembangan semasa dalam sukan boling, Muaz berkata disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia maka dia dan pemain lain hanya menjalani latihan.

“Kami hanya menjalani sesi latihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya