Misi 3 mata Tok Gajah berjaya - Utusan Malaysia

Misi 3 mata Tok Gajah berjaya

PERTAHANAN Tok Gajah, Muslim Ahmad (kiri) menyekat pemain PDRM pada perlawanan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Misi skuad Tok Gajah untuk memperoleh tiga mata penuh berhasil apabila menewaskan PDRM 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Tuan rumah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-36 untuk mencetak gol pertama menerusi Ivan Carlos.

Perlawanan yang pada awalnya dianggap milik Pahang nyata tidak memihak tuan rumah selepas bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang tanpa percubaan yang boleh menguji ketangkasan penjaga gawang ke dua-dua pasukan.

Pada babak kedua, ia seakan mengulangi skrip separuh masa pertama apabila bola lebih banyak berlegar-legar di kawasan PDRM tetapi tiada gol dihasilkan oleh Tok Gajah.

Taktik pelawat yang lebih banyak berkubu di kawasan sendiri dan sesekali melakukan serangan balas nyata menyukarkan penyerang tuan rumah.

Bagaimanapun pada minit ke-73 penyerang muda Pahang, Mohamad Faizal Abdul Halim berjaya menambah jaringan kedua buat Tok Gajah.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat juang PDRM dan pada minit ke-84, kesilapan Adam Michael Tull tertampan bola ke gawang sendiri merapatkan jurang gol dengan keputusan 2-1.

Selepas tamat tujuh perlawanan, Pahang kini menduduki tangga kelapan dengan sembilan mata manakala PDRM kekal di kedudukan tercorot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya