KUALA LUMPUR : Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik legenda negara, Datuk Mirnawan Nawawi sebagai pengurus pasukan kebangsaan baharu.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal memberitahu, Mirnawan akan bekerjasama dengan Mirnawan bagi mengendalikan pasukan itu.
“Selepas mengadakan mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk melantik Mirnawan sebagai pengurus yang baharu.
“Dia akan bekerjasama dengan Arul (Selvaraj) sehingga kelayakan Sukan Olimpik akan datang,” katanya dipetik dari Facebook MHC, hari ini.
Mirnawan merupakan bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Sydney 2000 selain pernah meraih pingat perak Sukan Komanwel 1998 selain empat pingat emas Sukan SEA.