Messi, Neymar perkuat skuad kebangsaan - Utusan Malaysia

Messi, Neymar perkuat skuad kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lionel Messi menjadi bualan hangat apabila tersenarai dalam 30 pemain Argentina yang akan bersaing dalam kelayakan Piala Dunia CONMEBOL (zon Amerika Selatan) berdepan Ecuador dan Bolivia bulan depan.

Kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar tertangguh sejak Mac lalu susulan penularan wabak Covid-19, namun akan memulakannya bulan depan.

Pasukan bimbingan Lionel Scaloni, yang masih belum menyentuh bola sejak November lalu, akan memulakan saingan menentang Ecuador di Buenos Aires pada 8 Oktober, sebelum terbang ke Bolivia lima hari kemudian.

Selain pemain sensasi Barcelona Messi, selaku kapten skuad La Albiceleste, dua lagi pemain yang dipanggil seperti bintang Juventus, Paulo Dybala dan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez.

Sementara itu, Neymar dan Thiago Silva tersenarai dalam barisan juara dunia lima kali, Brazil yang dibimbing Tite untuk menentang Bolivia dan Peru.

Tite menyenaraikan 30 pemain termasuk tujuh pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris antaranya Silva dari Chelsea, manakala bintang Liverpool Alisson, Roberto Firmino dan Fabinho.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, turut tampil dalam skuad yang sarat dengan penyerang handalan Gabriel Jesus dari Manchester City, Richarlison (Everton) dan Rodrygo (Real Madrid).

Tidak terkecuali, pemain sayap Barcelona, Philippe Coutinho, biarpun masa depannya di Camp Nou masih terumbang ambing susulan pelantikan Ronald Koeman sebagai pengganti Quique Setien.

Brazil akan berdepan Bolivia di Sao Paulo pada 9 Oktober sebelum berkunjung ke Lima bagi menentang Peru empat hari kemudian.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya