MADRID: Dengan wajah yang sedih tanpa senyuman, Lionel Messi mengesahkan dia kekal bersama Barcelona.
Jelas sekali, keputusan untuk terus berada di Camp Nou bukanlah penamat diharapkan bintang penyerang Argentina itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama portal bola sepak terkenal, Goal.com, hari ini, Messi, 33, berkata: “Saya hanya mahu rasa gembira dan saya tidak menemui kegembiraan di kelab ini.”
Beberapa jam selepas mengumumkan keputusannya, laman web rasmi Barcelona masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun perkara itu sepatutnya menjadi berita gembira buat mereka.
Kata Messi, keputusan untuk kekal bersama kelab yang telah dinaungi sejak 20 tahun lalu adalah bagi mengelakkan ‘pertikaian undang-undang’.
“Saya kekal kerana presiden memberitahu, satu-satunya jalan untuk saya keluar adalah dengan membayar klausa 700 juta euro (RM3.43 bilion) yang mana ia mustahil, (atau) pergi ke mahkamah.
“Sejak sekian lama, kelab tidak ada projek atau apa pun. Mereka menyeimbangkan keadaan dengan menyumbat lubang sambil masuk ke dalam.
“Saya memerlukannya, kelab perlukannya kerana ia baik untuk semua orang,” kata Messi.
Kata Messi, pendekatan itu juga diterapkan kepadanya.
Sepanjang tahun, kelab tidak mengendahkannya tetapi tidak juga melepaskannya, kemudian apabila dia sendiri membuat keputusan untuk pergi, mereka berkata tidak. – AGENSI