MADRID: Lionel Messi memutuskan untuk kekal di Barcelona selepas berbincang panjang dengan bapanya dan penasihat undang-undang, lapor akhbar Sepanyol, Marca.
Masa depan bintang Argentina itu sebelum ini mencetus tanda tanya selepas dia gagal melapor diri dalam sesi latihan pasukan dan meminta untuk dilepaskan secara percuma.
Barcelona bagaimanapun enggan memenuhi permintaan pemain berusia 33 tahun itu dan mahu dia memenuhi kontrak sehingga Jun tahun depan.
Menurut Marca, Messi yang sebelum ini dikaitkan dengan Manchester City, Juventus, Paris Saint-Germain dan Inter Milan tiada pilihan kecuali kekal di Camp Nou untuk musim 2020/2021. – AGENSI