Mana satu betul? - Utusan Malaysia

Mana satu betul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Aidil Sharin Sahak mengakui, sudah dirisik oleh Perak untuk membimbing Bos Gaurus dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Begitupun Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) ketika dihubungi Utusan Malaysia terkejut dengan laporan jurulatihnya, Mehmet Durakovic akan diganti, malah tidak tahu mengenai langkah membawa masuk Aidil.

“Dari mana datang berita itu kerana tidak dengar apa-apa di Perak. Ia mungkin spekulasi, tidak tahu menahu langkah ganti Mehmet,” kata pegawai pasukan yang enggan namanya disiarkan.

Begitupun kata Aidil, 43, mengakui sudah dihubungi pengurusan Pafa secara lisan dan sedia mempertimbangkan tawaran bergantung kepada rundingan.

“Sebagai seorang profesional, apa pun yang terjadi, saya akan memberi fokus penuh kepada Kedah musim ini.

“Kedah masih nombor satu dan saya mahu bawa pasukan ini mara ke final (Piala Malaysia) sekali lagi tahun ini,” kata Aidil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya