Malaysia kuat kerana kita 'rojak' - Utusan Malaysia

Malaysia kuat kerana kita ‘rojak’

ANAK-anak Lee Chong Wei melihat deretan trofi dan pingat yang dimenangi bapa mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Bekas pemain No. 1 dunia itu mengajak seluruh rakyat negara ini untuk meneruskan perjuangan nenek moyang yang sebelum ini berjuang bersama bagi membentuk Malaysia.

“Dulu, 57 tahun lalu, moyang kita berjuang bersama dan memberikan ‘rumah’ yang dinamakan Malaysia. Tanpa mereka, manalah kami?

“57 tahun kemudian, adalah kita perlu menyerap semangat mereka dan meneruskan perjuangan demi generasi akan datang.

“Tidak kira siapa anda, di mana anda berada, tidak kira bangsa agama, selagi anda rakyat Malaysia, anda patut bangga.

“Saya rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia tidak pernah berseorangan, kita kuat sebab kita rojak.

“Saya percaya saya sudah melakukan yang terbaik untuk negara dan saya akan terus melakukan selagi saya hidup.

“Saya juga harap anak saya akan memainkan peranan demi negara yang tercinta,” kata Chong Wei dalam Facebook sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu turut mengajak rakyat Malaysia agar menyemarakkan sektor pelancongan domestik dengan bercuti dalam negara.

“Lupakan percutian di luar negara, pergilah cuti-cuti Malaysia dan bantu antara satu sama lain.

“#KitaJagaKita. Yang tidak pernah naik Gunung KK (Kinabalu), Gunung Stong, Pulau Sipadan, Perhentian, Mulu…anda patut lakukannya.

“Malaysia ada banyak tempat menarik. Apa pengalaman cuti-cuti Malaysia terbaik anda?,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya