Lang Merah buru mata penuh jumpa Sabah - Utusan Malaysia

Lang Merah buru mata penuh jumpa Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Walaupun terpaksa mengorbankan aksi di laman sendiri akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco), misi Lang Merah untuk mengutip tiga mata penuh menentang Sabah esok tidak terjejas.

Aksi Liga Super itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman di sini telah ditukar ke Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Menurut pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, pasukannya cukup bersedia apatah lagi dengan kembalinya tonggak pertahanan dari Brazil, Renan Alves yang sebelum ini direhatkan dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan.

“Persiapan menentang Sabah berjalan seperti biasa dan saya gembira melihat Renan kini cergas sepenuhnya.

“Selebihnya kita mengharapkan para pemain dapat memberi fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Tumpuan ketika ini tidak lain daripada terus mengutip mata penuh dalam baki empat perlawanan terakhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

RENAN Alves bersedia untuk diturunkan malam esok.

Sementara itu, Aidil mengesahkan, kecederaan dialami penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim ketika menentang Felda United sebelum ini masih belum pulih.

“Bagaimanapun saya tidak bimbang kerana Mohd. Shahril Saari yang sebelum ini turut pernah memainkan peranan utama di gawang, tampak cukup bersedia untuk diturunkan.

“Ketika diturunkan selama 45 minit untuk menggantikan Ifwat dalam perlawanan sebelum ini pun, dia menampilkan aksi yang baik.

“Saya harap momentum tersebut dapat dikekalkan pada perlawanan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya