Kelantan cadang bina kemudahan sukan RM600 juta - Utusan Malaysia

Kelantan cadang bina kemudahan sukan RM600 juta

WAN Roslan Wan Hamat (depan, tiga dari kanan) bersama peserta Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 anjuran MSN Kelantan dan NFDP di Kota Bharu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kelantan membuktikan komitmen mereka untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 apabila merancang untuk membina kemudahan sukan bernilai RM600 juta di beberapa daerah negeri itu.

Kemudahan itu akan mula dibina di Bukit Merbau dan Pasir Putih tahun depan dengan turut melibatkan pembinaan kompleks sukan tertutup, kompleks sukan renang, sukan menembak dan velodrom.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, selain  untuk kegunaan Sukma, kemudahan tersebut akan dijadikan pusat riadah kepada penduduk negeri itu.

“Kita sudah ke Johor (tuan rumah Sukma 2021)  untuk melihat kemudahan di sana. Kita juga selesai membuat pengurusan venue bagi infra yang akan dibina di Kelantan dan akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk kelulusan peruntukan.

“Kita akan bina stadium dan kompleks sukan di Bukit Merbau dengan anggaran kos RM600 juta. Kita ada 320 ekar tanah tetapi akan guna separuh dahulu. Stadium akuatik akan dibina di Kota Bahru dan velodrom di Jeli. Semuanya bertaraf antarabangsa,” kata Wan Roslan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pembangunan Kejurulatihan Bola Sepak Remaja 2020 anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di Kota Bharu semalam.

Mengulas berkaitan seminar yang dianjurkan, Wan Roslan menjelaskan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) akan sentiasa bekerjasama dengan NFDP dalam memperkasakan pembangunan bola sepak di Kelantan.

“Hasrat saya adalah supaya jurulatih ada pengalaman yang luas. Biar kita ada kemahiran sendiri seperti Brazil yang terkenal dengan Samba.

“Kita mahu jurulatih kita ada pengetahuan dan ilmu yang tinggi dalam melatih remaja di Kelantan. Terima kasih kepada panel dari NFDP yang sudi berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar dengan jurulatih di sini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya