Johor Tigris menang pertembungan dua gergasi - Utusan Malaysia

Johor Tigris menang pertembungan dua gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Tigris memenangi pertembungan ‘dua gergasi’ apabila menumpaskan juara bertahan, Perak Bison dalam saingan Liga Sepaktakraw (STL) sebentar tadi.

Turun dengan reputasi selaku juara Piala Juara-Juara musim lalu, Tigris cemerlang mencatat kemenangan 21-15, 20-22, 21-15 di Stadium Titiwangsa.

Ini kemenangan kedua buat Tigris selepas mengalahkan Pahang Mammoth dalam aksi pembukaan semalam.

JOHOR Tigris (baju putih biru) berjaya mengalahkan Perak Bison dalam saingan STL di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

.

Bison pada awalnya kelihatan lebih bersedia menghadali perlawanan tetapi strategi Tigris menyaksikan pasukan dari selatan tanah air itu memenangi set pertama 21-15.

Bison yang dibarisi Firdaus Hamid (tekong), Amirul Ramadhan Fazillah (perejam) dan Asyraaf Abdul Hadi (pengumpan) bagaimanapun bangkit untuk mengatasi Tigris 22-20 dalam set kedua.

Seakan-akan kembali menemui rentak, gandingan Faisal Fuad (tekong), Noraizat Nordin(perejam) dan Muqlis Borhan (pengumpan) kembali menemui rentak dalam set penentuan untuk Tigris mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut juga dengan 21-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya