JDT hampiri kejuaraan ketujuh - Utusan Malaysia

JDT hampiri kejuaraan ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gol tunggal Safawi Rasid membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) menghampiri kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut selepas menundukkan Terengganu FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini malam ini.

Ketika liga berbaki empat perlawanan, skuad Harimau Selatan terlalu jauh mengungguli carta dengan mengumpul 19 mata, lapan mata mengatasi pencabar rapat, Perak.

Anak-anak buah Benjamin Mora membuka jaringan seawal minit kelima selepas Safawi memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah, Argzim Redzovic yang tertolak bola ke belakang.

Biarpun tiada tambahan gol diperoleh pada babak kedua, membawa pulang tiga mata di tempat lawan keputusan yang amat besar maknanya buat JDT.

Selepas tujuh perlawanan, Harimau Selatan satu-satunya pasukan yang belum tewas musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya