Ifedayo pastikan Red Giants kembali garang - Utusan Malaysia

Ifedayo pastikan Red Giants kembali garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ledakan dua gol penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun membantu Selangor memadam rekod tanpa kalah Sabah di laman sendiri dengan kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga yang kedua buat Red Giants musim ini sekali gus meletakkan skuad kendalian B. Sathianathan kembali pada landasan memburu kedudukan kedua liga.

Beraksi di laman sendiri, Sabah membuka tirai jaringan pada minit ke-65 menerusi penyerang import, Rodoljub Paunovic.

Bagaimanapun kedudukan itu hanya bertahan tujuh minit apabila Ifedayo menjaringkan gol penyamaan sebelum meledak gol kemenangan pada minit ke-81.

Kepulangan semula Ifedayo memberi impak besar buat Selangor yang melonjak ke tangga ketiga liga dengan mengumpul sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan dua tewas pada kempen musim ini.

“Saya yakin dengan pemain-pemain saya yang beraksi penuh bersemangat.

“Sejak sesi latihan lagi semangat itu ditunjukkan, bukan hanya mahu menang perlawanan hari ini tetapi dalam aksi seterusnya.

“Pasukan lain kalau dikejutkan dengan gol awal sudah pasti akan melemahkan semangat tetapi itu tidak berlaku kepada Selangor,” kata Sathianathan selepas tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya