Hatrik Salah selamatkan Liverpool - Utusan Malaysia

Hatrik Salah selamatkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hatrik Mohamed Salah menyelamatkan juara bertahan, Liverpool daripada keciciran mata dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leeds 4-3 di Anfield, awal pagi tadi.

Hanya 48 hari selepas berakhirnya kempen musim lalu, Liga Perdana kembali bersambung dengan Reds mempamer permainan terbuka sehingga membuka ruang buat Leeds meledak tiga gol.

Salah menyempurnakan sepakan penalti seawal minit keempat selepas tendangannya terkena tangan Robin Koch.

Leeds bagaimanapun menyamakan kedudukan minit ke-12 menerusi gerakan cantik Jack Harrison tetapi Virgil van Dijk kembali meletakkan Liverpool di depan lapan minit kemudian selepas menanduk bola berpunca sepakan penjuru Andy Robertson.

Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras.

Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus melakar hatrik dua minit sebelum tamat perlawanan.

“Leeds sangat istimewa dan mereka membuktikannya pada perlawanan hari ini.

“Cara mereka beraksi, bertahan dan melakukan cabaran sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan.

“Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami boleh memperbaikinya lagi pada masa akan datang,” kata Jurgen Klopp yang memuji barisan pemain lawan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya