Guardiola 'selamba' belanja RM2.09 bilion untuk pertahanan - Utusan Malaysia

Guardiola ‘selamba’ belanja RM2.09 bilion untuk pertahanan

RUBEN Dias menjadi pertahanan terbaharu dibawa masuk Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola membelanjakan sekitar 390 juta pound (RM2.09 bilion) hanya untuk membawa masuk pemain pertahanan.

Bek tengah Portugal, Ruben Dias dijangka tiba di Manchester untuk melengkapkan perpindahan bernilai 62 juta pound (RM331.96 juta) dari Benfica.

Kelab Portugal itu semalam mengumumkan semua perkara sudah dipersetujui dan hanya menunggu laporan perubatan dan terma peribadi.

Pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi sebaliknya akan ke Befinca dengan yuran 13.7 juta pound (RM73.41 juta) sebagai sebahagian daripada pertukaran yang dipersetujui kedua-dua kelab.

Kemasukan Dias, 23, membuktikan kesungguhan City untuk mengukuhkan benteng yang jelas rapuh ketika dibelasah 2-5 oleh Leicester City dalam aksi liga, Ahad lalu.

 

PEP GUARDIOLA

 

Lebih daripada 105 juta pound (RM562.62 juta) sudah dikeluarkan bagi mendapatkan dua pertahanan tengah musim panas ini – Dias dan Nathan Ake.

Menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pertahanan tengah adalah sesuatu yang biasa di City serta Guardiola.

Pengurus sebelum ini, Manuel Pellegrini menghabiskan lebih 30 juta pound (RM160.75 juta) setiap seorang bagi mendapatkan Otamendi dan Eliaquim Mangala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya