FAM selesaikan isu Sumareh segera! - Utusan Malaysia

FAM selesaikan isu Sumareh segera!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa segera menyelesaikan kemelut antara Mohamadou Sumareh dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tanpa menunggu campur tangan badan bola sepak dunia, FIFA.

Menerusi surat kepada FAM bertarikh 11 September lalu dan surat ulangan hari ini, PBNP mahu penyelesaian dengan kadar segera dalam isu membabitkan kontrak Sumareh dengan bekas majikannya itu.

Setiausaha PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, persatuan itu kurang senang dengan sikap FAM yang tiada kecenderungan dan minat untuk menyelesaikan kemelut berkenaan dengan alasan tidak berasas iaitu menunggu tindakan dari FIFA terlebih dahulu.

Beliau berkata, Sumareh adalah pemain tempatan dan kes itu melibatkan kawalan dan bidang kuasa FAM yang selayaknya membantu agar kes mendapat keadilan sewajarnya.

Isu Sumareh kembali panas selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memancing pemain naturalisasi negara itu dengan tawaran gaji lebih RM70,000 sebulan bagi Red Giants mulai 21 Januari 2021 hingga Januari 2023.

Sumareh yang meninggalkan Pahang walaupun masih terikat dengan PBNP kini beraksi dalam ‘persinggahan sementara’ di Liga Thailand mewakili kelab Police Terro FC, sebelum ini dia dikaitkan dengan perpindahan ke JDT musim depan.

SURAT yang dihantar PBNP kepada FAM hari ini.

Norlia turut merujuk kenyataan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Winsdor Paul John yang menyatakan FAM perlu menyelesaikan masalah PBNP dan Sumareh tanpa perlu merujuk FIFA dalam soal status perpindahan pemain kerana Sumareh telah didaftar sebagai pemain tempatan

Menurutnya, PBNP mempunyai asas kukuh beserta dengan dokumen yang sah bagi membuktikan persatuan itu berada di pihak yang benar.

“Semua tuduhan yang dibuat adalah palsu, rekaan dan satu cubaan manipulasi oleh pemain naturalisasi yang mendapat kerakyatan Malaysia.

“FAM telah banyak mengendalikan kes-kes pertikaian antara pemain dengan anggota gabungan di masa lalu melalui Jawatankuasa Status Pemain atau Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Atas alasan tersebut PBNP berpendapat mereka berhak membentangkan kes ini dengan selayaknya untuk mendapat perhatian yang serius dan segera terhadap perkara ini,” kata Norlia.

Jelasnya, jika FAM masih tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan itu, PBNP tidak teragak agak merujuk kes kepada lain-lain badan timbang tara atau agensi kerajaan berkaitan malah hingga ke pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya