Betul ke taktikal 'penyakit' Red Giants? - Utusan Malaysia

Betul ke taktikal ‘penyakit’ Red Giants?

MICHAEL Feichtenbeiner
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner bakal menarik perhatian penyokong Red Giants yang mahu melihat kemampuannya apabila berdepan UiTM FC di Stadium Mini UiTM Shah Alam malam ini.

Pemecatan B. Sathianathan, Isnin lalu membuatkan penyokong tidak berhenti berdebat, apakah prestasi Selangor merosot disebabkan taktikal jurulatih atau pemain sendiri gagalmemberi aksi terbaik.

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu berharap penyokong skuad Merah Kuning bersabar, terus beri sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan.

“Penyokong perlu bersabar dan percaya akan proses yang baru dijalankan ini.

“Selain itu, mereka juga perlu mempercayai pemain yang akan meneruskan perjuangan ini bersama saya.

“Mereka ingin menunjukkan prestasi terbaik untuk Selangor dan membuat peminat gembira,” katanya yang menggantikan Sathianathan susulan kekalahan memalukan 6-1 kepada Johor Darul Ta’zim, Sabtu lalu.

 

PEMAIN Selangor giat menjalani latihan menjelang aksi menentang UiTM FC malam ini. – SELANGOR FA

Kemenangan ke atas UiTM penting buat Selangor memperbaiki kedudukan Liga Super.

Dalam lapan aksi musim ini, pasukan itu hanya mengumpul 10 mata apabila meraih dua kemenangan, empat seri dan dua kekalahan.

Keputusan itu nyata tidak disenangi penyokong Red Giants yang mula mendesak agar Sathianathan digantikan dan akhirnya Feichtenbeiner dilantik secara sementara sehingga FAS mendapat jurulatih baharu.

“Saya diamanahkan sebagai Pengarah Teknikal kelab, namun apabila pengurusan meminta saya membantu skuad Selangor saya rasa ia tanggungjawab saya.

“Saya ambil alih skuad utama untuk baki perlawanan musim ini dan kembali sebagai Pengarah Teknikal kesemua pasukan ada musim depan,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya