Apa nak jadi Selangor? - Utusan Malaysia

Apa nak jadi Selangor?

SELANGOR diikat 3-3 oleh UiTM FC, Sabtu lalu biarpun mendahului 2-0 dan berdepan lawan yang berdepan masalah keracunan makanan. - IHSAN SELANGOR FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor gagal memanfaatkan masalah keracunan makanan yang menimpa sejumlah besar pemain UiTM FC apabila terikat 3-3 dalam saingan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam.

Kehadiran pengendali baharu, Michael Feichtenbeiner yang menggantikan B. Satianathan yang dipecat sebelum ini jelas tidak memberikan sebarang impak besar kepada pasukan Red Giants.

Dalam aksi itu, Selangor terlebih dahulu mendahului permainan 2-0 menerusi jaringan Ifedayo Olusegun dan Sandro da Silva pada separuh masa pertama.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan UiTM bangkit dengan tiga jaringan termasuk dua gol daripada Gustavo Santos serta Rabih Ataya yang hampir memberikan tiga mata penuh kepada pasukan itu.

Bagaimanapun, Selangor sangat bernasib baik apabila diberikan sepakan penalti pada hujung permainan dan ia disempurnakan Ifedayo untuk memastikan mereka meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt berkata, dia berdepan detik sukar pada saat akhir menjelang aksi tersebut apabila seramai 10 pemainnya mengalami sakit sakit perut selepas menjamu selera di sebuah hotel.

“Seramai 10 pemain saya mengalami sakit perut selepas makan di hotel.

“Ia bermula pada awal pagi dan dua daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Akibatnya, kami tidak berada dalam permainan pada separuh masa pertama. Selangor bermain dengan sangat kuat.

“Mungkin mereka beraksi terlalu kuat sedikit sehingga tidak dapat mengekalkannya pada babak kedua,” kata bekas jurulatih bawah 23 tahun negara itu.

Sementara itu, Feichtenbeiner mengakui anak-anak buahnya sangat bernasib baik kerana dapat meraih satu mata dalam perlawanan itu.

“Pada aksi separuh masa pertama, kami cemerlang meraih dua gol tetapi pada separuh masa kedua, UiTM bermain dengan serangan pantas yang menjerat pertahanan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya