Aidil ganti Mehmet latih Perak? - Utusan Malaysia

Aidil ganti Mehmet latih Perak?

AIDIL SHARIN SAHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aidil Sharin Sahak melakar ­prestasi cemerlang bersama Kedah biarpun berdepan isu tunggakan gaji memikat hati Perak untuk menjadikannya sebagai jurulatih baharu.

Pengendali dari ­Singapura itu menjadi calon utama Bos Gaurus untuk menggantikan Mehmet Durakovic, yang dijangka menamatkan ikatan tiga tahun bersama Perak ekoran kekalahan 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.

Sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004 menggantikan Liga Perdana Satu, itu kekalahan besar pernah dialami Perak.

Bukan mahu meletakkan sepenuhnya kesalahan di bahu Mehmet, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) cuma merasakan mereka memerlukan suntikan taktikal baharu bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Minggu ini wakil Aidil akan ke Ipoh untuk membincangkan tawaran kontrak tapi perkara itu belum dimuktamadkan lagi.

“Minat yang ditunjukkan Perak untuk mengambil Aidil cukup tinggi.

“Buat masa sekarang masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya (liga masih berlangsung).

“Aidil juga masih ada kontrak dengan Kedah. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” kata sumber kepada Utusan Malaysia semalam.

 

MEHMET DURAKOVIC

Mehmet dilantik menjadi Ketua Jurulatih Perak pada 22 Februari 2017 lalu.

Sepanjang tiga musim bersama Bos Gaurus, dia berjaya memberi impak dengan meng­hadiahkan Piala Malaysia pada 2018.

Pengendali dari Australia itu juga hampir memenangi Piala FA dan Piala Sumbangsih musim lalu apabila menamatkan sai­ngan selaku naib juara.

Rekod Aidil, 54, sebagai jurulatih juga tidak kurang hebat apabila membawa Lang Merah merangkul kejuaraan Piala FA musim lalu.

Di sebalik kedudukan B. Sathianathan yang kemungkinan besar tidak disambung kontrak bersama Selangor, Meh­met mungkin akan kembali ke pangkuan Red Giants musim depan.

Dua tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pernah menawarkan kontrak kepada bekas pemain import Se­langor itu namun beliau memilih kekal bersama Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya