AFC susun semula bajet 2021 - Utusan Malaysia

AFC susun semula bajet 2021

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyusun semula bajet 2021 ekoran impak pandemik Covid-19 yang menjejaskan jadual pertandingan di bawah badan bola sepak Asia itu.

Keputusan penyusunan semula belanjawan AFC diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan AFC secara sebulat suara semalam.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC bagi penggal 2019-2023, turut serta dalam mesyuarat kewangan jawatankuasa itu yang kedua secara maya.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC, Mariano V. Araneta Jr. Mesyuarat yang pertama dahulu diadakan di AFC House pada 19 November 2019 sebelum wabak COVID-19 melanda seluruh dunia.

“Susulan impak pandemik Covid-19, kebanyakan perlawanan ditunda ke tahun 2021, menjadikan simpanan kewangan bagi tahun 2020 meningkat.

 Mesyuarat memutuskan simpanan kewangan itu dibawa ke hadapan untuk tahun 2021.

“Justeru, bagi perlawanan seperti Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC, jawatankuasa kewangan AFC meluluskan penambahan bajet sejajar dengan persiapan dan penjadualan baharu bagi baki empat bulan tahun ini dan 2021 juga bajet Kejohanan Futsal Lelaki dan Wanita AFC,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidin juga berkata mesyuarat berkenaan membincangkan subsidi yang akan diagihkan kepada 12 pasukan yang layak ke pusingan akhir Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Mesyuarat juga mengemas kini prestasi kewangan  dan peruntukan serta penyusunan semula bajet sepanjang tahun ini dalam berdepan impak Covid-19.

“Meskipun berdepan impak virus Covid-19, ia tidak menjejaskan peruntukan bajet bagi setiap perlawanan yang dijadualkan tahun ini meskipun ditunda ke Mac tahun depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya