Zaman 'kegelapan' Inter hampir tamat - Utusan Malaysia

Zaman ‘kegelapan’ Inter hampir tamat

Lautaro Martinez (kanan) turut meledak gol untuk membawa Inter Milan ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE, Jerman: Selepas sedekad tenggelam dan hampir dilupakan, menjuarai Liga ­Europa esok akan menjadi ­amaran kebangkitan Inter Milan di pentas Eropah.

Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez yang dianggap kombinasi terbaik Inter dalam tempoh 10 tahun menjadi sandaran gergasi Itali itu untuk membenam wakil Sepanyol, Sevilla.

Gandingan tersebut telah meledak 54 gol musim ini, sekali gus muncul kombinasi kedua terbaik Eropah selepas Robert Lewandowski dan Serge Gnabry dari Bayern Munich (75 gol).

Sevilla yang turun dengan reputasi juara lima kali pula meletakkan harapan kepada trio Lucas Ocampos, Youssef En-Nesyri dan Suso.

“Romelu Lukaku antara penggempur terbaik dunia. Dia sangat kuat secara fizikal, memiliki pe­nyudah tajam dan mampu mengawal bola de­ngan baik.

“Pasukan perlu benar-­benar mantap untuk mengekang serangan Inter,” kata pertahanan Sevilla, Jules Kounde.

Inter yang pernah merangkul Liga Juara-Juara tiga kali menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan di Cologne.

Penyokong skuad Nerazzurri sudah terlalu lama tidak bergembira, iaitu sejak kali terakhir mereka menjulang Liga Juara-Juara pada 2010.

Bagaimana mereka ke final?

Sevilla mengalahkan Roma (3-0), Wolverhampton (1-0) dan Manchester United (2-1) dalam laluan ke perlawanan akhir. Inter pula menumpaskan Getafe (2-0), Bayer Leverkusen (2-1) serta Shakhtar Donetsk (5-0).

Taktikal biasa digunakan

Inter selesa menggunakan formasi 3-5-2 dengan pemain sayap akan menyokong pertahanan serta jentera serangan.

Kombinasi Lukaku dan Martinez serasi dengan taktik pe­ngurus, Antonio Conte.

Taktikal Sevilla mudah dibaca, formasi 4-3-3 sering menjadi pilihan jurulatih, Julen Lopetegui.

Jesus Navas dan Sergio Reguilon gemar bergerak menyokong sera­ngan.

Hantaran dan gerakan pantas kelab Sepanyol itu mampu mencetuskan huru hara dalam kawasan Inter, malah mereka memiliki kreativiti di bahagian tengah menerusi Ever Banega.

Pemain perlu diberi tumpuan

Bagi Sevilla, Banega ibarat enjin bahagian tengah. Dia mampu ‘melarikan diri’ daripada pertahanan lawan sebelum menghantar bola kepada penyerang.

Lukaku pula menjadi pertaruhan Inter untuk me­nembusi benteng lawan.

Sentuhan pertamanya mungkin sering dipertikai tetapi dia boleh meledak gol dari pelbagai sudut, selain memiliki fizikal yang bagus untuk menewaskan pertahanan Sevilla.

EVER BANEGA
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya