Zainal 'angkat topi' kepada pemain - Utusan Malaysia

Zainal ‘angkat topi’ kepada pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan memuji persembahan bertenaga anak buahnya ketika menang 1-0 ke atas Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini kelmarin.

Menurutnya, setiap pemain bermain dengan baik dan patuh pada arahan beliau serta bermain dengan disiplin.

Beliau berkata, pemain mempamer semangat juang kental dan tidak melakukan kesilapan.

“Saya angkat topi kepada semua pemain yang beraksi cemerlang.

“Pemain tidak memberi ruang kepada pemain Perak selain bertahan dengan baik terutama ketika Perak melancarkan serangan bertalu-talu pada penghujung perlawanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.

Zainal Abidin dan anak buahnya pulang dengan ceria hasil jaringan tunggal perlawanan oleh Mohammad Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-51.

Menurut Zainal, tiga mata yang dikutip semalam penting kerana meletakkan kembali Melaka pada kedudukan baik selepas dikenakan tindakan potong mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)

“Tidak kiralah menang satu, dua atau tiga gol, yang penting tiga mata. Bagi saya setiap perlawanan penting dan kami kena kutip sebanyak mata dari baki enam perlawanan, “katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya