SPIELBERG: Maverick Vinales menyambar petak pertama pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Austria selepas mengetepikan cabaran sengit, Jack Miller dengan kelebihan 0.068 saat, sebentar tadi.
Selepas mengalami isu cengkaman dengan jentera YZR-M1 pada sesi latihan bebas semalam, penunggang Yamaha itu akhirnya mempamer tunggangan terbaik untuk meraih petak depan pertama sejak di Phillip Island tahun lalu.
Pelumba Petromas Yamaha SRT dan pendahulu kejuaraan dunia, Fabio Quartararo akan memulakan perlumbaan esok dari petak ketiga. – AGENSI