United patut beli Kane, bukan Sancho - Utusan Malaysia

United patut beli Kane, bukan Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Paul Scholes mahu Manchester United membatalkan hasrat membeli Jadon Sancho, sebaliknya cuba mendapatkan Harry Kane dari Tottenham.

Red Devils masih dalam rundingan dengan Borussia Dortmund untuk membeli Sancho pada harga 108 juta pound (RM595 juta).

Pemain berusia 20 tahun itu telah meledak 20 gol pada musim 2019/20, namun Scholes berkata, Kane adalah pemain yang diperlukan oleh United.

“Jangan salah sangka, Sancho pemain berkualiti, saya rasa dia akan membantu meningkatkan mana-mana pasukan bola sepak di dunia.

“Statistik menunjukkan dia adalah peledak gol, dia akan membuat dan menjaringkan banyak gol.

“Saya rasa kita sudah ada tiga penyerang atau sayap yang mirip dengan Sancho, mungkin tidak sehebat dia tapi berpotensi.

“Pada masa ini, saya fikir Harry Kane adalah pembelian yang lebih menarik berbanding Sancho.

“Saya fikir United memerlukan penyerang tengah, pemain tulen untuk jersi No. 9, penjaring gol yang sebenar. Kane adalah orangnya,” kata legenda United itu kepada BT Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya