MANCHESTER: Manchester United tetap gembira akhirnya berjaya meleraikan ikatan dengan Alexis Sanchez biarpun terpaksa membayar 9 juta pound (RM49.50 juta).
Sanchez meledak lima gol dalam 45 penampilan bersama Red Devils sebelum dipinjamkan kepada Inter Milan, yang akhirnya membeli pemain sayap sayap Chile itu secara tetap.
Biarpun bergelut dengan kecederaan di awal musim, Sanchez menunjukkan prestasi baik apabila kembali beraksi, sekali gus meyakinkan jurulatih Inter, Antonio Conte untuk mengekalkannya.
Bekas bintang Arsenal dan Barcenola itu masih mempunyai baki kontrak dua tahun bersama United, dan akhbar Britain, Daily Mail berkata, ia bernilai 560,000 pound (RM3.08 juta) seminggu.
Menurut akhbar itu lagi, biarpun terpaksa membayar 9 juta pound kepada Sanchez, ia masih urus niaga yang baik buat Red Devils kerana mereka perlu mengeluarkan 50 juta pound (RM275.27 juta) jika pemain itu kekal.
Sanchez sanggup memotong gajinya untuk menyertai Inter dan dia hanya menerima 130,000 pound (RM715,700) seminggu dengan kontrak tiga tahun. – AGENSI