Tyson, Jones Jr. tak jadi bertumbuk 12 September - Utusan Malaysia

Tyson, Jones Jr. tak jadi bertumbuk 12 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pertarungan tinju antara Mike Tyson dan Roy Jones Jr. yang dijadualkan pada 12 September depan ditangguhkan.

Dua legenda tinju itu tidak sabar untuk bertemu dalam pertarungan pertunjukan istimewa lapan pusingan di California yang akan disiarkan menerusi Triller.

Menurut The Ring, pertarungan itu akan berlangsung di tempat sama di Dignity Health Park, Carson tetapi berkemungkinan besar diadakan lewat dua bulan iaitu 28 November.

Difahamkan sebab utama penangguhan kerana wakil Tyson merasakan penjadualan semula akan membawa pendapatan tambahan dan ia turut dipersetujui Jones Jr.

Pertarungan tersebut amat dinantikan terutama selepas Tyson, 54, bekerja keras membentuk fizikalnya.

Petinju Amerika Syarikat itu bersara pada 2018 selepas melengkapkan karier tinju profesionalnya dengan 66 kemenangan, termasuk 47 knockout.

Jones Jr. pula pernah memenangi gelaran middleweight, super middleweight, light heavyweight dan heavyweight – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya