‘Tutup kedai’ untungkan pihak pengurusan - Utusan Malaysia

‘Tutup kedai’ untungkan pihak pengurusan

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bubar pasukan bukan penyelesaian terbaik dalam menangani isu tunggakan gaji pemain Liga Malaysia (Liga M) kerana cara itu hanya menguntungkan bekas pengurusan untuk lepas tangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan, terdapat 248 kes yang tidak dapat diambil tindakan ekoran terkuburnya pasukan.

Kes melibatkan pasukan Perlis FA, Terengganu City, Hanelang FC, Macerra United dan Kuantan FA antara yang masih tergantung.

“Apabila mana-mana pasukan tutup maka tiada jalan untuk kami menyelesaikan masalah itu (tunggakan gaji). FAM bukan mahkamah biasa yang boleh mendakwa seseorang individu dan menjatuhkan hukuman penjara tetapi mahkamah bola sepak.

“Kami hanya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pasukan yang masih aktif. Hukuman dari segi menarik geran tahunan, menolak mata, turunkan liga dan sebagainya tetapi apabila pasukan tutup, ia diluar kuasa kami.

“Ini yang berlaku kepada lima pasukan tersebut, angka yang besar tetapi kita tidak mampu melakukan apa-apa, begitu juga kes di FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Sebab itu kita berusaha memastikan kelab terus bermain dan kita boleh memantau pembayaran tunggakan gaji berjalan atau tidak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, ketika ada 30 kes masih aktif melibatkan sembilan di FAM dan 21 di FIFA. Badan induk bola sepak itu sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan ia dapat diselesaikan.

“Banyak kes berjaya diselesaikan dan mana-mana perbincangan melibatkan FAM tiada keputusan sebelah pihak, selalunya keputusan diambil adalah persetujuan bersama iaitu antara pemain dan pengurusan. FAM akan memantau pembayaran tersebut.

“Dari segi hukuman, kita pernah menolak mata pasukan Melaka United, PDRM dan Kelantan yang gagal mematuhi perjanjian dipersetujui bersama.

“FAM ada berbincang dengan PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) mengenai perkara ini untuk kita lihat bagaimana dapat mencari penyelesaian terbaik. Ia agak rumit dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya