Tok Gajah 'sakit' - Utusan Malaysia

Tok Gajah ‘sakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memegang status sebagai jaguh Pantai Timur, Pahang ketika ini dihimpit pelbagai masalah menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bersambung pada 26 Ogos ini.

Faktor kecederaan, pemain berhijrah dan pemain import tidak menyertai pasukan membuat pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh ‘pening’ memikirkan persiapan yang perlu dilakukan.

Katanya, segala perancangan sudah pasti terjejas dan tempoh dua minggu ini banyak perkara yang perlu dirombak oleh bekas pemain kebangsaan itu dalam menyediakan pasukan terbaik bagi menghadapi saingan.

“Kita (Pahang) sedikit kucar-kacir kerana masalah pemain cedera, ada yang keluar dan tidak datang sertai pasukan serta pemain import tidak datang. Jadi saya kelam kabut sekarang.

“Percaturan tidak dapat dibuat seperti dirancang tapi saya harap pemain dapat beri fokus dan serius kerana kita hanya mempunyai masa dua minggu lebih sebelum liga bermula,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengulas mengenai aksi persahabatan pertama yang menyaksikan Pahang tewas 0-3 kepada Terengganu 2 baru-baru ini, Dollah mengakui ketiadaan tujuh pemain utama telah memberi impak besar kepada persembahan pasukan yang beraksi di luar prestasi sebenar.

“Kita kalah kepada Terengganu II dengan keputusan 3-0. Bayangkan enam ke tujuh pemain kesebelasan utama tidak dapat bermain jadi saya pening kepala buat masa ini.

“Sekarang saya banyak bergantung kepada pemain muda dan pemain Piala Presiden. Mereka boleh bermain tetapi cuma kurang pengalaman, selain kelihatan gugup apabila diturunkan ketika berdepan pemain ternama.

“Untuk membina keyakinan mereka, kita akan adakan dua lagi perlawanan persahabatan dan ia sudah diatur namun menunggu masa yang sesuai,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya