Teruja, berdebar, sedih semua ada - Luqman - Utusan Malaysia

Teruja, berdebar, sedih semua ada – Luqman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teruja, berdebar dan sedih.

Itulah perasaan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika berlepas ke Belgium malam tadi untuk menyertai kelab baharunya, KV Kortrijk.

Pemergian Luqman ditemani keluarga tersayang, termasuk ibu dan bapanya.

Pemain berusia 18 tahun itu mengakui sedih terpaksa meninggalkan keluarga, namun dia menguatkan semangat demi mengejar cita-cita dalam bola sepak.

“Semua rasa ada ketika ini, sedih..teruja tetapi semangat itu lebih kuat.

“Ibu bapa adalah semangat dan kekuatan saya. Mereka sentiasa menyokong, malah merekalah yang meminta saya pergi awal.

“Selama ini saya pergi ke luar negara bersama pasukan, hari ini berseorangan dan itu sangat mencabar.

“Sekarang, semua perkara saya kena buat sendiri, memang tak mudah tapi saya kena matang dengan cepat,” kata Luqman ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam tadi.


Di Brussels, Belgium Luqman akan disambut kedutaan Malaysia di sana dan dijadual menjalani tempoh kuarantin 14 hari.

Selepas berakhir tempoh kuarantin, dia akan terus mengikuti latihan bersama skuad utama KV Kortrijk.

Minggu lalu, Luqman melakar sejarah bola sepak tanah air apabila muncul pemain profesional pertama Malaysia beraksi dalam liga utama Eropah.

Dia yang digelar The Golden Boy ekoran tercalon dalam 80 bintang muda terbaik dunia dalam anugerah ‘Golden Boy’ ditawarkan kontrak lima musim dengan gaji dianggarkan RM15,000-RM25,000 sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya