Tekanan bukan alasan- Wan Kuzri - Utusan Malaysia

Tekanan bukan alasan- Wan Kuzri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal mengakui skuad Bawah 19 tahun negara (B-19) dan dia masih mencari keserasian dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Kekalahan 0-4 kepada pasukan Liga Perdana, Selangor II hari ini dan dibelasah 6-1 oleh pasukan Liga Super Petaling Jaya City, Jumaat lalu menunjukkan masih banyak kelemahan perlu diperbaiki skuad kendalian Brad Maloney sebelum mengharungi Kejuaraan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober nanti.

Jelas Wan Kuzri lagi, semua pemain telah berusaha keras dan menunjukkan peningkatan dari hari ke hari sepanjang sesi latihan, malah beberapa kesilapan pada perlawanan hari ini memberi satu lagi pengajaran buat semua pemain.

“Kami masih mencari keserasian antara satu sama lain. Sudah pasti ada peningkatan dari hari ke hari dalam sesi latihan.

“Saya rasa semua pemain melakukan kesilapan tetapi masih banyak masa untuk memperbaiki dan meningkat corak permainan, ” katanya selepas perlawanan berakhir di Padang Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Shah Alam hari ini.

Dalam perlawanan persahabatan kedua itu, empat gol lSelangor II dijaringkan oleh T. Saravanan pada minit ke-14 dan 46, selain Nazrin Nasir (m-69) dan Armin Maier (m-83).

Kata Wan Kuzri, dia merasai sedikit tertekan dengan situasi semasa apabila terlalu banyak harapan diletakkan di bahunya namun itu bukan alasan untuk dia gagal memikat perhatian barisan kejurulatihan pasukan B-19 negara.

“Ia sememangnya ada sedikit tekanan kerana tumpuan dan harapan terlalu tinggi diletakkan tetapi saya cuba tidak memikirkannya walaupun ia setiap hari bermain difikiran”, ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya