Tebus tiket MotoGP - SIC - Utusan Malaysia

Tebus tiket MotoGP – SIC

PEMINAT yang sudah membeli tiket MotoGP Malaysia 2020 boleh menebus duit kepada SIC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pembeli awal tiket Grand Prix (GP) Malaysia 2020 boleh menarik nafas lega apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memberi jaminan wang mereka tidak ‘hilang’.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, pembeli boleh berhubung depan pihak­nya untuk menebus kembali wang selepas perlumbaan MotoGP yang sepatutnya berlangsung 1 November ini dibatalkan.

“Mereka boleh hubu­ngi kami menerusi telefon atau e-mel untuk berta­nya lebih lanjut proses menebus tiket yang sudah dibeli.

“Adakah tiket ini boleh dibawa ke perlumbaan MotoGP 2021, nanti kami bagi tahu kepada mereka yang sudah memiliki­nya lebih awal,” katanya.

Tiket GP Malaysia 2020 mulai dibuka untuk pembelian sejak awal ­November 2019.

Tiket dijual dengan harga serendah RM44 manakala paling mahal mencecah RM330

Dalam perkembangan lain, Shafriman mengesahkan dua lagi perlumbaan antarabangsa yang sepatutnya berlangsung di SIC pada Disember ini dibatalkan akibat ­Covid-19.
Perlumbaan tersebut adalah Kejuaraan Endu­rance Dunia (EWC) dan Piala Touring Car Dunia (WTCR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya