LONDON: Gareth Southgate menggugurkan bintang Manchester United, Harry Maguire daripada skuad England selepas dia didapati bersalah memukul dan cuba merasuah polis Greece dengan pendakwa raya mendakwa pemain itu ‘penuh dengan penipuan’.
Pengendali England itu tidak memberi sebarang peluang kepada pertahanan termahal dunia itu dengan menggantung pemain itu selama 21 bulan selepas didapati bersalah ke atas semua pertuduhan selepas terlibat dengan pergaduhan di Mykonos.
“Saya mengesahkan nama Harry Maguire sudah digugurkan daripada skuad England untuk aksi menentang Iceland dan Denmark.
“Saya memiliki hak untuk menilai situasi semasa. Saya sudah bercakap dengan United dan pemain, saya sudah buat keputusan demi kepentingan semua pihak selepas mengambil kira semua kesan,” katanya yang sebelum ini membuat menyenaraikan Maguire dalam senarai awal pasukan.
Maguire, 27, didapati bersalah melakukan kekerasan, penghinaan lisan dan cubaan merasuah polis oleh sebuah mahkamah di Pulau Syros.
Pemain pertahanan itu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah ketika keputusan dibacakan namun sudah mengarahkan pasukan peguamnya untuk membuat rayuan.
“Saya sudah mengarahkan pasukan undang-undang saya untuk mengemukakan rayuan.
“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini, saya, keluarga dan rakan-rakan menjadi mangsa,” kata Maguire.-AGENSI