SAN SEBASTIAN: Selepas sedekad bersama Manchester City, David Villa kembali ke Sepanyol bagi menyertai kelab negaranya, Real Sociedad.
Silva, 34, yang telah membantu City merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 2010 akan menandatangani kontrak dua tahun bersama Sociedad, umum kelab La Liga itu awal pagi tadi.
Perancang utama Sepanyol itu menutup kariernya bersama City dengan membuat penampilan terakhir sebagai pemain gantian ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Lyon dalam suku akhir Liga Juara-Juara Ahad lalu.
Dia dijangka menyertai rakan sepasukan baharunya beberapa hari lagi untuk sesi latihan pramusim.
Saingan La Liga 2020/21 dijadualkan bermula 12 September dan Sociedad menamatkan musim lalu di tangga keenam untuk layak beraksi dalam Liga Europa.
Silva mengumpul 11 trofi domestik di City dan muncul antara pemain import terbaik Liga Perdana.
Dalam masa sama, satu tugu akan dibina City sebagai penghargaan buat pemain itu manakala sebuah padang latihan di kelab tersebut juga akan dinamakan sempena namanya. – AFP